Miliki kabinet dapur pada harga ekonomi

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kos dalam merencanakan ruang dapur sempurna :

BERKUNJUNG KE TAPAK EKSPO

Biasakan diri anda mengunjungi ekspo berkaitan hiasan dalaman ia akan memberikan peluang kepada anda untuk memiliki set rekaan kabinet pada harga yang istimewa. Biasanya syarikat yang terlibat didalam ekspo akan memberi tawaran yg menarik. Ini akan memberi lebih nilai kepada anda

TEMPAH SEMASA HARGA PROMOSI

Kebiasaannya harga yang ditawarkan semasa promosi adalah lebih rendah daripada harga biasa. Pengguna yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk memiliki rekaan kabinet yang berkualiti pada harga promosi

BUAT PENAWARAN

Lakukan tawar menawar. Anda boleh banyak kali melakukan penawaran sehingga anda mendapatkan harga paling hampir dengan harga borong mereka. Jangan malu untuk melakukannya, ini akan dapat mengurangkan kos dan penjimatan

JANGAN TERIKAT PADA JENAMA

Diantara jalan terbaik untuk mendapat harga yang ekonomi dan berpatutan pergilah ke syarikat perniagaan kabinet yang tidak mempunyai nama yang besar. Kebiasaannya syarikat kabinet tersebut menawarkan harga yang lebih rendah dengan tawaran produk yang sederhana dan berkualiti








RM4100

Material : Melamine alum frame
Table top : Concrete table




RM 8000++

Material : Arcylic and Aluminium Frosted glass
Table top : Solid Surface
Additional  : Breakfast table



RM2890
Material : Melamine Alum frame 
Table top : HPL mieco top
Additional : Hood + Hob + 1 bowl sink and Breakfast table




No comments:

Post a Comment

Jangan Buat Onar